Yamaha Ego Gear tiba dalam warna baru – RM6,xxx

"ALAMILAH RENTAK GAYA YAMAHA EGO GEAR"
Telah hadir Yamaha Ego Gear baru, siap untuk melengkapi segala keperluan, apa pun kegiatan anda, di mana pun anda berada. Tampil elegan, penuh gaya, Yamaha Ego Gearadalah model automatik serba boleh terbaru Yamaha yang sarat ciri-ciri istimewa, memudahkan, sangat praktikal serta memberikan keyakinan tunggangan yang memuaskan terutama di celah-celah keramaian jalanan ibukota. Dengan reka bentuk serta gayanya yang trendy, Yamaha Ego Gear siap meluncur,  berpacu bersama anda di jalanan tanpa henti. 

Ego Gear adalah sebuah skuter yang digerakkan oleh enjin satu silinder suntikan bahan api, SOHC 125 cc, bersama padanan transmisi automatik, untuk menghasilkan kuasa 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm tork pada 5,500 rpm. Menambah lagi kecekapan penggunaan bahan apinya, enjin ini didatangkan bersama sistem Start and Stop yang menggunakan Smart Motor Generator.

Walaupun adalah sebuah skuter kecil, Ego Gear didatangkan dengan lampu hadapan jenis LED, lampu kecemasan serta soket pengecas USB yang mudah diakses untuk kemudahan pengguna. Panel meter pula masih menggunakan unit analog biasa.
 

Sistem brek skuter ini menggunakan gabungan unit cakera di hadapan dan dram di belakang, sementara suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan satu penyerap hentak di belakang. Rim bersaiz 14 inci dan dibalut tayar 70/90 di hadapan dan 90/80 di belakang.

Perincian lain Ego Gear adalah termasuk tangki bahan api 4.2 liter, berat 95 kg dan tinggi tempat duduk 750 mm.
Tunggu apa lagi? Dapatkannya sekarang juga!

Sila Hubungi sales team kami untuk lebih maklumat :
Chong Motor Kapar HQ
AIDA : 60102732811
JANU : 60163325731
ROY: 60168605766

Jul 06,2023