Penghantar Makanan Mesti Kena Tahu 9 Cara Terbaik Menjaga Motosikal !

  Untuk menjaga jangka hayat sesebuah motorsikal amat lah mudah sekali. Anda cuma perlu memastikan servis berkala minyak hitam, spark plug, oil filter, spoket, rantai, tayar dan beberapa lagi part yang penting.
Bagi mereka yang sudah biasa dengan barang yang murah belilah yang murah tetapi berkualiti, kalau yang dah biasa dengan barang yang mahal pastikan beli yang original. Jangan tertipu dengan agenda terbaru scammer minyak hitam "recycle".Di sini kami sertakan beberapa panduan yang umum sudah mengetahui cara penjagaan motorsikal yang mudah dan semoga bermanfaat untuk rider di luar sana.

1) Servis Minyak Hitam (4T)
Motosikal Jarang Guna Tak Perlu Tukar Minyak Enjin - Betul Ke? -  EBidMotor.com
  Penjagaan paling penting dalam berpuluh cara menjaga motorsikal adalah menukar minyak hitamnya sahaja. Kebanyakkan motorsikal 4 stroke, 2 stroke atau scooter biasanya perlu ditukar apabila sudah mencecah 5,000 ke 6,000 kilometer perjalanan. Namun begitu, kekerapan penggunaan motor juga perlu diambil kira. Sekiranya anda bukan lah pengguna harian motorsikal seeloknya tukar minyak hitam yang baru apabila usia minyak hitam yang lama sudah mencecah 6 bulan. Ini adalah bagi mengelakkan dari penggunaan minyak hitam yang tidak likat (cair).

2) Servis Oil Filter
Apa Jadi Kalau Tak Tukar Oil Filter Bila Dah Sampai Masa Servis Minyak  Hitam? - EBidMotor.com
  Penukaran oil filter juga adalah salah satu cara untuk menjaga motorsikal. Contoh Yamaha LC 135 kalau mengikut manual setiap 12,000km atau setahun perlu ditukar, namun begitu ada yang memang sangat mengambil berat tentang motor mereka akan menukar setiap 2 kali servis minyak hitam. Oil filter pun ada yang tak ori jadi sila berhati-hati dalam mencari oil filter.

3) Servis Spark Plug
7 Tanda Spark Plug Kereta Rosak Yang Perlu Anda Tahu! - JV Auto Lube HQ
   Cara memeriksa kondisi spark plug anda juga sangat mudah, bagi kebanyakkan jenis motorsikal perlu ditukar setiap 10,000km. Ada juga rider yang pernah cakap kalau nak tahu spark plug tu dah kena tukar atau belum, bila sedang menunggang motor mengeluarkan api meletup-letup dan enjin motorsikal hampir mati itu tandanya plug dah kena tukar. Motor payah nak start plug akan berwarna hitam akibat dari pembakaran tidak sempurna dan periksa juga coil api dan coil magnet. Kalau plug bersih lagi maknanya ia masih boleh digunakan lagi. Cari lah spark plug yang mempunyai performance seperti NGK 'G' Power, NGK 'R' atau DENSO. Biasanya brand ni mahal dari yang standard tapi performance nya memuaskan. Nak power lagi? Beli lah spark plug Irridium.


4) Servis Karburator
Sering Dilakukan, Membersihkan Karburator Sebaiknya Jangan Pakai Bensin -  Hai
   Bagi penguna Motorsikal, setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis karburator motor kalau kuat makan minyak (kalau jenis bawak motor macam Marc Marquez) kalau anda jenis bawak motor slow, rasai sendiri penggunaan minyak anda untuk memastikan adakah karburator perlu di servis.


5) Servis Air Filter
Cara servis air filter motosikal kotor - Cakap Pomen Motor
   Bagi Motorsikal jenis Scooter dan kebiasaannya Yamaha 135LC. perkara penting adalah penjagaan air filter (penapis Udara) lakukan pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara. Air filter Standard kalau kotor tembak dengan angin compressor sahaja, tetapi jika dah terlalu kotor dinasihatkan tukar sahaja yang baru harga pun tidaklah terlalu mahal.


6) Servis Fuel Filter
22 Tip Penjagaan Motosikal Yang Lelaki Perlu 'Tengok Balik' Sebelum Hujung  Bulan - MASKULIN
  Fuel filter adalah part yang paling jarang sekali pengguna motorsikal nak tukar, yang pertama jika anda memang jenis cermat dalam menjaga motorsikal fuel filter boleh diguna dalam jangka masa yang sangat panjang. Tetapi sekiranya anda merasakan flow minyak anda ada rasa tersumbat elok lah jika tukar kepada yang baru atau tunggu 10,000km baru tukar.


7) Penjagaan Bateri Motorsikal
6 faktor yang menentukan usia bateri motosikal anda | Careta
   Bagi penguna motorsikal, berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.


8) Penjagaan Spoket dan rantai
Periksa rantai motosikal anda! | Careta
   Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan spoket dan rantai, Kalau ikutkan spoket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita menunggang. Pastikan ketegangan rantai motor sesuai, tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Ketatkan rantai motor yang longgar, andaperlu tukar set rantai bile rantai dah rosak. Rantai rosak tulah penyebab spoket menjadi tajam. Pastikan sporket dan rantai selalu spray minyak bagi melicinkan pergerakkan. Bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris.


Penjagaan Belting
Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu | WapCar
   Bagi penguna Motorsikal scooter tukar belting dalam lingkungan mencapai 17, 000km, bergantung kepada cara anda menunggang. Tanda belting hampir nak putus, bunyi seperti tikus di crankcase. Cuba check belting dengan melipat tali belting lihat kalau ada crack walaupun sikit, lebih baik tukar sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di gris sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Nampak macam susah tapi sebenarnya tidak lah susah mana nak jaga motorsikal anda tu. Anda cuma perlu pastikan faktor di atas hendaklah sentiasa dititikberatkan jika anda ingin menggunakan motor anda dalam jangka masa yang lebih panjang.

Jika anda menjaga motor anda dengan baik, kemungkinan besar anda nak menjualnya dengan harga yang berpatutan sangat tinggi. Berebut-rebut orang nak beli motor anda jika motor anda berkondisi baik.

Sila Hubungi  team kami untuk lebih maklumat :

Chong Motor Kapar HQ

+603-3250 0319
+603-3250 0346
+6017-401 0400 (Whatsapp)



 

Jul 22,2023